top of page
Dental Surgery

ANGGOTA PERGIGIAN & KESIHATAN MENTAL

Smiling Teens

Bagaimana kesihatan mental mempengaruhi kesihatan pergigian?

Keadaan minda dan mulut yang sihat adalah merupakan aset yang sangat berharga. Pesakit mental juga mempunyai risiko menghidapi masalah kesihatan berkaitan mulut yang tinggi. Pelbagai faktor mungkin menyumbang kepada keadaan kesihatan pergigian yang kurang memuaskan. Oleh itu penting untuk pesakit mental dan pengamal kesihatan mengambil cakna tentang kaitan hubungan kesihatan mental dan kesihatan pergigian.  

 

             Tahap kesihatan mental dan tingkahlaku seseorang akan mempengaruhi status kesihatan mulut mereka. Pesakit mental, terutamanya dari kategori yang serius, lebih berisiko mendapat masalah pergigian disebabkan oleh beberapa faktor seperti amalan pemakanan yang tidak sihat, pengabaian kebersihan mulut dan kesan ubat-ubatan. Di samping itu, kekerapan pengambilan minuman manis, penggunaan tembakau (merokok), pengambilan alkohol yang berlebihan atau ubat psikostimulan akan menyebabkan seseorang itu terdedah dengan masalah pergigian. Selain itu, faktor kewangan, halangan untuk mengakses perkhidmatan pergigian, cara hidup individu tersebut samada mereka hidup berdikari atau bergantung kepada orang lain dan tinggal di rumah atau di institusi penjagaan turut memberi kesan terhadap kesihatan mulut mereka. 1,2.

 

 

 

  • PENYAKIT PERGIGIAN BERKAITAN DENGAN KESIHATAN MENTAL

 

 

Penyakit pergigian yang paling biasa dikaitkan dengan masalah kesihatan mental ialah karies (kerosakan gigi), penyakit periodontal (gusi) dan kehilangan permukaan gigi (tooth surface loss). Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kehilangan gigi seterusnya mengundang pelbagai masalah lain seperti masalah pertuturan, pengunyahan dan penghadaman serta memberi kesan terhadap keyakinan atau penampilan diri seseorang. Kajian telah menunjukkan bahawa Individu yang mengalami penyakit mental yang teruk  mempunyai 2.7 kali ganda risiko untuk kehilangan semua gigi mereka, berbanding dengan populasi umum1. Satu lagi kemungkinan akibat pengabaian kesihatan mulut jangka panjang ialah kanser mulut. Ini kerana kanser mulut dan penyakit pergigian berkongsi faktor risiko yang sama seperti alkohol, merokok, dan kebersihan mulut yang rendah 3.

 

  • KARIES GIGI

Karies gigi terjadi hasil daripada tindak balas bakteria yang terdapat pada plak gigi. Asid organik yang dihasilkan oleh bakteria dalam plak gigi menyebabkan penyahmineralan enamel dan dentin seterusnya membentuk kaviti pada permukaan gigi4. Individu yang menghadapi masalah kesihatan mental biasanya mengalami lebih banyak karies gigi akibat gaya hidup mereka yang mungkin mengabaikan penjagaan diri seperti memberus gigi dan mengamalkan diet yang tidak sihat. Selain itu, risiko karies gigi turut meningkat secara langsung akibat pengambilan ubat-ubatan psikotropik yang menyebabkan masalah mulut kering (xerostomia/ dry mouth). Didapati tabiat merokok juga adalah 2-3 kali lebih berkemungkinan di kalangan populasi ini4 dan telah dibuktikan bahawa keadaan ini meningkatkan pertumbuhan mikroorganisma kariogenik seperti Streptococcus mutans (sejenis bakteria yang menyebabkan karies gigi) serta mengurangkan kapasiti penimbal daripada air liur5. Ini mengakibatkan karies gigi lebih mudah terjadi di kalangan mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental.

  • PENYAKIT PERIODONTAL (GUSI)

 

Penyakit periodontal ialah sejenis penyakit keradangan gusi yang bermula dengan gingivitis. Tanda-tanda penyakit gusi ialah seperti gusi berdarah dan kehadiran poket (ruang di antara gigi dan gusi). Dalam keadaan yang lebih teruk, keradangan ini akan merebak dan memusnahkan struktur penyokong gigi seperti ligament periodontal dan tulang alveolar6. Persatuan Periodontologi British (BSP)3 telah menyatakan bahawa, tekanan (stress) adalah salah satu daripada faktor risiko yang menjejaskan kesihatan am dan kesihatan periodontal 7. Umum mengetahui bahawa tekanan boleh memberi kesan tingkah laku dan juga fisiologi 7. Individu yang melalui tempoh yang tertekan dalam hidup mereka mungkin lebih cenderung untuk merokok, mengabaikan rutin kebersihan mulut dan pemeriksaan/ rawatan pergigian.

Selain itu, bukti semasa menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara tekanan dan periodontitis yang berkaitan dengan tindak balas imun badan7. Mekanisme ini dikaitkan dengan kortisol, sejenis hormon yang dirembeskan apabila seseorang itu dalam keadaan tertekan. Ini meningkatkan pertumbuhan Porphyromonas gingivalis (bakteria yang menyebabkan penyakit gusi) serta meningkatkan tahap sitokin dan mediator keradangan lain seterusnya memberi kesan terhadap kesihatan periodontal8.

  • KEHILANGAN PERMUKAAN GIGI (TOOTH SURFACE LOSS)

Kehilangan permukaan gigi atau haus patologi pada permukaan gigi ditakrifkan sebagai kehilangan tisu pergigian tanpa melibatkan jangkitan bakteria4. Kehilangan ini boleh disebabkan oleh pergeseran (attrition) (tindakan satu gigi mengisar pada gigi yang lain;bruxism), lelasan (abrasion) (di mana permukaan gigi dihakis oleh agen lain, seperti berus gigi), atau hakisan (erosion) (di mana terdapat disolusi gigi secara kimia)9. Faktor risiko termasuklah pengambilan buah-buahan sitrus atau minuman ringan (berkarbonat) yang tinggi, refluks gastrik dan muntah yang kerap. Pengambilan alkohol yang berlebihan dan tabiat merokok sering dilihat pada mereka yang menghidapai kemurungan (depression)7. Keadaan ini juga boleh menyebabkan hakisan gigi (erosion) akibat refluks gastro-esofagus1. Amalan gaya hidup yang tidak sihat ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan mulut malah akan memberi kesan terhadap kesihatan fizikal dan mengundang pelbagai penyakit kronik yang lain seperti penyakit jantung, darah tinggi, diabetes dan kanser. Secara tidak langsung keadaan ini akan menerukkan lagi penyakit mental yang dihadapi.

  • LESI TISU LEMBUT (SOFT TISSUE LESION)

Mereka yang hidup dengan masalah kesihatan mental mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk merokok dan mempunyai diet yang tidak sihat, termasuk pengambilan alkohol yang berlebihan. Alkohol dan tembakau bukan sahaja merupakan faktor risiko kanser mulut tetapi penggunaan sinergistik mereka dengan ketara meningkatkan peluang seseorang individu didiagnosis dengan karsinoma sel skuamosa mulut3. Oleh itu, nasihat pemberhentian merokok dan diet adalah penting untuk diberikan. Di samping itu, amat penting untuk menekankan peperiksaan intra-oral secara berkala supaya sebarang lesi boleh dirujuk dengan sewajarnya. Kekurangan nutrisi juga boleh berlaku akibat daripada diet yang tidak betul atau muntah yang disebabkan oleh diri sendiri (self-induced vomiting) di kalangan pesakit mental. Keadaan ini boleh menyebabkan angular cheilitis, kandidiasis, glossitis dan ulser mukosa mulut10.

  • MASALAH-MASALAH PERGIGIAN YANG LAINMASALAH-MASALAH PERGIGIAN YANG LAIN

 

Selain itu, terdapat juga beberapa masalah kesihatan mulut lain yang dikaitkan dengan masalah kesihatan mental. Antaranya ialah seperti sakit muka atipikal ( Gangguan Temporomandibular (TMD) odontalgia atipikal ( dan sindrom mulut terbakar

 

  1. Sakit muka atipikal (atypical facial pain)- Sering dikaitkan dengan kesihatan mental yang lemah terutama sekali akibat kemurungan (depression)11. Ia dipercayai berlaku kerana kedua-dua penyakit itu berkongsi asas patofisiologi yang sama, termasuk gangguan paksi hipotalamus-pituitari-adrenal dan daripada neurotransmitter seperti serotonin dan adrenalin12.

  2. Sindrom mulut terbakar (burning mouth syndrome)- Paling biasa terjadi pada wanita pertengahan umur. Ia dijelaskan sebagai disesthesia oral yang menyebabkan sakit orofasial kronik tanpa kehadiran punca organik yang boleh dikesan13. Penyakit ini mempunyai prevalens yang tinggi pada mereka yang menghidapi tekanan, kebimbangan dan kemurungan 1.

  3. Odontalgia atipikal (atypical odontalgia)- Sakit gigi tanpa sebab yang jelas. Telah dilaporkan bahawa kira-kira separuh (46.2%) pesakit dengan keadaan ini juga mempunyai komorbiditi psikiatri7. Kebimbangan dan kemurungan adalah yang paling biasa, dengan bipolar dan skizofrenia14.

  4. Gangguan Temporomandibular (TMD) (TMD disorder) – Adalah istilah umum yang merujuk kepada sakit kronik sendi temporomandibular, otot dan pemuliharaan, biasanya berlaku akibat daripada bruxism. TMD mempunyai prevalens antara 5-12% dan lebih kerap berlaku pada pesakit yang lebih muda dan wanita 7.

 

 

References

 

1.         Kisely S. No mental health without oral health. The Canadian Journal of Psychiatry. 2016;61(5):277-282.

2.         Bardow A, Nyvad B, Nauntofte B. Relationships between medication intake, complaints of dry mouth, salivary flow rate and composition, and the rate of tooth demineralization in situ. Archives of oral biology. 2001;46(5):413-423.

3.         Warnakulasuriya S. Causes of oral cancer–an appraisal of controversies. British dental journal. 2009;207(10):471-475.

4.         Bretz WA. Oral profiles of bulimic women: Diagnosis and management. What is the evidence? Journal of Evidence Based Dental Practice. 2002;2(4):267-272.

5.         Prochaska JJ, Das S, Young-Wolff KC. Smoking, mental illness, and public health. Annual review of public health. 2017;38:165-185.

6.         Pihlstrom BL, Michalowicz BS, Johnson NW. Periodontal diseases. The lancet. 2005;366(9499):1809-1820.

7.         Hudson J. How mental health affects oral health. BDJ Student. 2021;28(3):21-23.

8.         Spector AM, Postolache TT, Akram F, Scott AJ, Wadhawan A, Reynolds MA. Psychological stress: a predisposing and exacerbating factor in periodontitis. Current Oral Health Reports. 2020;7(3):208-215.

9.         Cormac I, Jenkins P. Understanding the importance of oral health in psychiatric patients. Advances in psychiatric treatment. 1999;5(1):53-60.

10.       Milosevic A. Eating disorders and the dentist. British dental journal. 1999;186(3):109-113.

11.       Lascelles R. Atypical facial pain and depression. The British Journal of Psychiatry. 1966;112(488):651-659.

12.       KORSZUN A, Ship JA. Diagnosing depression in patients with chronic facial pain. The Journal of the American Dental Association. 1997;128(12):1680-1686.

13.       Abetz LM, Savage NW. Burning mouth syndrome and psychological disorders. Australian dental journal. 2009;54(2):84-93.

14.       Miura A, Tu TT, Shinohara Y, et al. Psychiatric comorbidities in patients with atypical odontalgia. Journal of psychosomatic research. 2018;104:35-40.

bottom of page