SOALAN LAZIM

mengenai COVID 19 & Vaksin

covid-19-virus-yellow-background.jpg

Soalan:

Apakah itu COVID-19?

Jawapan:

COVID-19 adalah sejenis virus dari kumpulan coronavirus yang sama seperti SARS dan MERCO-V.

business-handshake-technology-corporate-

Soalan:

Bagaimana COIV-19 boleh merebak?

Jawapan:

Secara amnya adalah melalui udara dan sentuhan (kontak) dengan pengidap COVID-19.

boy-is-sneezing-into-tissue-feeling-sick

Soalan:

Apakah tanda-tanda jangkitan COVID-19?

Jawapan:

Antara tanda-tanda ialah:

 

  • demam panas

  • batuk

  • sakit tekak

  • sukar bernafas

  • hilang deria rasa

Ada pesakit yang tidak mempunyai gejala langsung apabila menghidap jangkitan COVID-19.

social-distancing-concept-with-drawing-b

Soalan:

Bagaimana saya hendak elakkan dari dijangkiti oleh COVID-A9?

 

Jawapan:

  • Duduk dirumah jika tiada urusan penting

  • Pakai pelitup separa muka bila berada diluar rumah

  • Kerap membasuh tangan (selepas setiap aktiviti)

  • Elakkan kawasan yang sesak

  • Jarakkan kedudukan anda dengan orang lain sekurang-kurangnya 1 meter.

Vaccinating

Soalan:

APAKAH KEPENTINGAN MENGAMBIL VAKSIN COVID 19?

 

Jawapan:

Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

Maklumat lanjut vaksin Covid 19

Soalan:

ADAKAH SAYA AKAN DILINDUNGI SEPENUHNYA SELEPAS MENERIMA VAKSIN COVID-19?

 

Jawapan:

Vaksin akan mula menunjukkan keberkesanan melalui peningkatan antibodi dalam badan bermula dari hari ke-12 selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodi akan meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua. Ini bermakna, seseorang akan dilindungi secara optima selepas menerima kedua-dua dos untuk mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang serius.

 

Walaupun seseorang itu telah menerima dos lengkap vaksin, beliau masih perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti mengamalkan 3W iaitu Wash, Wear, Warn dan mengelakkan 3C iaitu mengelakkan Confined space (Sempit), Crowded (Sesak) dan Close conversation (Sembang dekat).

VAKSIN