top of page
Projek SMILE 3.0 menumpukan pada “Dental Inclusivity” yang memfokuskan kepada penduduk terpinggir di Malaysia.
program ini dibangunkan berdasarkan dua program utama iaitu melalui program komuniti dan siri webinar. Program komuniti akan dianjurkan pada 26 dan 27 Mei 2023 bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat dan memperkenalkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi kepada golongan terpinggir.
Satu siri webinar yang bakal dijalankan dua minggu setelah program komuniti dengan objektif meningkatkan kesedaran masyarakat & anggota pergigian mengenai keterangkuman pergigian dan liputan kesihatan sejagat di Malaysia.
‘SMILE’ bermaksud S=Selamat, M=Masyarakat, I=Ideal, L=Lancar and E=Ekuiti
Smile Together, Smile Forever
(Senyum Bersama, Senyum Selamanya)
Memahami golongan yang terpinggir
Sesebuah masyarakat dianggap terpingggir apabila mereka gagal untuk menerima hak yang sama seperti individu yang berstatus warganegara.
Kisah Klasik Untuk Masa Depan
Ibu mengandung menentukan kesihatan bayi. Masa yang baik untuk permulaan dengan masa depan yang madani.
Rakan Kolaborasi & Penaja
Kerjasama erat yang memungkinkan program Smile 3.0 dijalankan
Jabatan Kemajuan Orang Asli
Malaysian Dental Association (MDA)
Malaysian Association of Dental Public Health Specialists (MADPHS)
Pejabat Kesihatan Daerah Kluang
Dental Student Association (DENSA), UiTM
Persatuan Juruterapi Pergigian Malaysia
FGV Holdings Bhd
Adabi
MDC Asia Link Berhad
bottom of page