
.png)
PROGRAM KOMUNITI


Membina Komuniti Prihatin untuk
Penuaan Sihat
Bersama rakan strategik dan penaja, SMILE 5.0 memperkukuh penuaan sihat, kesihatan mulut warga emas, sokongan penjaga dan pemerkasaan komuniti di Sabak Bernam.
Melalui kolaborasi universiti, komuniti, agensi, NGO dan sektor korporat, program ini membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk menyumbang secara bermakna kepada kesejahteraan warga emas dan keluarga mereka.
Aktiviti
SMILE 5.0 berhasrat memperkukuh kesedaran kesihatan mulut warga emas, meningkatkan sokongan kepada penjaga dan keluarga, memperkasa sukarelawan komuniti serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Sabak Bernam.
Karnival ini turut menyumbang kepada pembentukan komuniti yang lebih bersedia, penyayang dan responsif terhadap keperluan populasi menua.
01
Pemeriksaan kesihatan mulut
Mengenalpasti tahap kesihatan mulut warga emas
02
Pameran kesihatan mulut
Ruang pendidikan interaktif yang merangkumi kesihatan am dan kesihatan mulut secara khusus
03
Pertandingan Intergenerasi
Mengeratkan hubungan antara generasi selain membantu meningkatkan sokongan kepada warga emas
04
Ceramah pendidikan kesihatan
Memberikan pendedahan tentang kesihatan mulut, kepentingan amalan pemakanan dan penuaan yang sihat
05
Aktiviti bersama Duta Kami
Memperkasa sukarelawan dan wakil komuniti sebagai duta kesihatan warga emas.


Saksikan Chef Firdaus dan Dr Emmy berkongsi tip penyediaan makanan sihat, sedap dan sesuai untuk
warga emas.
Chef Firdaus, chef selebriti program komuniti SMILE 5.0
Dr Emmy, pakar nutrisi program komuniti SMILE 5.0