top of page
Family Photography
e84f410c-ae58-4b72-ad94-f1c5d03c0115.png

WARGA EMAS PERKASA

INSPIRASI GENERASI

Tentang Kami

SMILE 5.0 ialah inisiatif universiti–komuniti oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menyokong agenda penuaan sihat dalam kalangan warga emas di Sabak Bernam, Selangor. Program ini memberi tumpuan kepada kesihatan mulut warga emas, sokongan penjaga, penglibatan keluarga dan pemerkasaan komuniti melalui pendidikan kesihatan, saringan, latihan serta kolaborasi strategik bersama rakan komuniti, agensi kerajaan, NGO dan penaja. Selaras dengan keperluan masyarakat menua, SMILE 5.0 berperanan sebagai platform promosi kesihatan awam yang memperkukuh kesejahteraan warga emas secara holistik, inklusif dan berdaya mampan.

Menyokong Penuaan Sihat Melalui Kolaborasi Komuniti

Mengapa
SMILE 5.0 Penting?

Malaysia sedang menuju ke arah masyarakat menua, dengan 8.0% penduduk berumur 65 tahun dan ke atas pada tahun 2025 dan dijangka mencapai status negara tua menjelang 2048. Perubahan ini menuntut sokongan yang lebih menyeluruh kepada warga emas, bukan sahaja dari aspek rawatan kesihatan, tetapi juga kesihatan mulut, penjagaan harian, sokongan keluarga, hubungan sosial dan komuniti yang prihatin.

Ketua Laboratori Gerontologi Sosial, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Zumilah Zainalaludin mengulas isu persediaan Malaysia menjadi negara menua pada 2030.

Malaysia’s NHMS 2025 shows only 14.7% of older adults are ageing well, prompting calls to speed up Senior Citizens Bill. The findings have raised urgent concerns regarding Malaysia’s preparedness for a rapidly ageing population and have strengthened calls to fast-track the Senior Citizens Bill.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa 2020, hanya 34.3 peratus warga emas mencapai tahap 20 batang gigi asli manakala 13.9 peratus mengalami limitasi fungsi mulut yang menjejaskan kualiti hidup.

bottom of page