top of page

KUMPULAN SASARAN

HASIL KAJIAN KOMUNITI

UA COMPILE_edited.jpg
TR COMPILE_edited.jpg
BT COMPILE_edited.jpg
NEW SB_edited.jpg

Kajian Komuniti SMILE 4.0

Program SMILE 4.0 ini turut melibatkan pengumpulan data kajian bagi memperoleh gambaran yang menyeluruh berkenaan tabiat merokok dan penggunaan rokok elektronik di kalangan pelajar sekolah.

Pengumpulan data kajian ini telah dijalankan di empat (4) buah sekolah menengah di sekitar Sabak Bernam dan Sungai Besar. Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4, Kajiselidik ini mengandungi soalan berkenaan tabiat merokok dan vape di kalangan pelajar dan juga faktor-faktor penggalak dan penghalang berkenaan tabiat tersebut. Sesi perbincangan berkumpulan juga diadakan dengan tema yang sama.

Hasil daripada pengumpulan data ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang sejauh mana tabiat merokok dan penggunaan vape menular dalam kalangan pelajar di kawasan luar bandar. Penemuan ini juga boleh dijadikan asas penting dalam merangka intervensi atau program pencegahan yang lebih efektif dan bersesuaian dengan latar belakang serta keperluan komuniti setempat.

OBJEKTIF KAJIAN 1

"Mengkaji tabiat merokok dan vape di kalangan pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4"​

OBJEKTIF  KAJIAN 2

"Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong dan menghalang pelajar daripada melibatkan diri dalam tabiat merokok dan vape"​

OBJEKTIF KAJIAN 3

“Menyelidik kesedaran pelajar terhadap dan kesan negatif kesihatan yang berkaitan dengan merokok dan vape.”

bottom of page