top of page

SMILE 2.0 (2022)

e34ada_04cd24c04542433eb3e8d9bccbdc91d1~mv2.avif

SMILE 3.0 (2023)

Program SMILE 3.0 pada tahun 2023 membawa satu langkah baru dengan menggabungkan projek komuniti dan webinar, sekaligus memperluaskan elemen liputan fizikal dan dalam talian bagi program ini. Pendekatan ini memastikan platform yang lebih besar dan lebih meluas untuk penyampaian maklumat kepada masyarakat. Bertemakan “Kesihatan Mulut untuk Semua: Setiap Senyuman Bermakna”, program ini melibatkan projek komuniti di SK Pengkalan Tereh, Kluang, Johor, yang bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan kesihatan mulut. Di samping itu, sesi webinar turut diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya, memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan maklumat terkini dalam penjagaan kesihatan pergigian secara atas talian.

bottom of page